Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan
menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah
Al-Balad: 4)
kadang2 kita terkeliru membuat kputusan,apatah lagi keputusan yg perlu skali dlm seumur hidup...
memohonlah pada-Nya agar dipermudahkan segalanya.. :)
Firman Allah ta’ala : ” Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan
sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka
orang-orang yang bertawakkal “ :)
istikarah cinta..
SOLAT ISTIKHARAH.. :)
:إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ
غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ
"jika salah seorang daripada kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardhu"
justeru, cara terbaek sbgai seorang mukmin ialah doa..dan SOLAT ISTIKHARAH :) solatlah kamu dan mohonlah ketenangan hati dan petunjuk untuk membuat pilhan...sesungguhnya kita hanya merancang, dan rancangan Allah adlh yg terbaek.. :)
# perlu diingatkan,syarat untuk beristikharah adalah, hati tidak terlalu taksub pada sesuatu (50-50)
Rukun2 solat Istikharah :)
~hanyalah seperti solat sunat 2rakaat yg laen~
rakaat pertama:
1. > berniat dalam haty ingin menunaikan solat istikarah
"sahaja aku mengerjakan solat istikharah dua rakaat, kerana Allah Taala"
3. > rukuk dan sujud seperti biasa.
rakaat kedua:
1. > Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas (atau surah2 Al-Quran yg laen)
2. > rukuk, sujud dan memberi salam seperti biasa.
3. > membaca doa solat sunat istikharah dimulakan dengan bismillah dan selawat ..
: Maksudnya
Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan
kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana
sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali,
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui
hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang
dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir
urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun
yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia
untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.
Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama,
kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu
yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu
dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu
bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku
orang yang redha dengan ketetapan tersebut
Tweet
No comments:
Post a Comment
♥--> bla..bla..bla...hee ^_^ -- ♪♯♫♫♪♥